Saturday, January 2, 2021

Elemen Keceriaan Bilik BOSS


PENGENALAN DIRI

NAMA : RUSYDA ASYIQIN BINTI MOHD MASKODIN

PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO MATRIK : D20192091102

KOD KURSUS : KPS 3014

NAMA KURSUS : PENGURUSAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR NORWALIZA BINTI ABDUL WAHAB

KUMPULAN : F


ISI KANDUNGAN

1.0 MAKSUD KECERIAAN

2.0 MASALAH MASALAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

3.0 LANGKAH MENGATASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

4.0 CARTA ORGANISASI

5.0 INOVASI BILIK BOSS


1.0 MAKSUD KECERIAAN

Menurut Kamus Dewan - Ceria dapat diertikan sebagai sesuatu yang cantik, bersih, suci dan murni dalam sesuatu ruang atau kawasan tertentu. Ianya juga boleh diertikan sebagai riang, gembira, dan menarik.

   Dalam konteks keceriaan bilik BOSS, ianya meliputi hal-hal yang berkaitan dengan melahirkan suasana yang indah dan bersih di persekitarannya seperti memelihara kebersihan, melukis mural yang cantik, kata-kata hikmah yang sesuai dan menghias bilik BOSS dengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik.


2.0 MASALAH-MASALAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Struktur pengurusan SPBT sering kali mempunyai masalah-masalah yang dapat menjejaskan kelancaran proses pengurusan. Antara masalah yang dihadapi adalah seperti berikut :

1) Buku stok SPBT yang tidak dikemaskini.

2) Bilik BOSS yang tidak terurus. Bilik dalam keadaan tidak kemas dan tidak dilengkapi alat kemudahan yang perlu seperti pemadam api. Buku-buku SPBT juga tidak disusun dengan kemas dan teratur.

3) Pelajar sering terlupa membawa buku teks untuk dikembalikan kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Keadaan ini menjejaskan kelancaran proses pengumpulan semula buku teks.

4) Buku teks yang dikutip semula daripada pelajar sering kali didapati berada dalam keadaan yang usang, koyak dan terconteng.

5) Sesetengah sekolah tidak mewujudkan satu sistem fail yang berkesan dalam pengurusan SPBT sekolah. Borang, surat pekeliling serta dokumen lain yang berkaitan dengan SPBT tidak difailkan mengikut kategori yang betul.



3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SPBT SEKOLAH

Pelbagai langkah pembaikan yang telah diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah yang dihadapi dalam pengurusan SPBT sekolah. Antaranya ialah :

1) Pengetua atau guru penolong kanan HEP perlu menyemak buku stok SPBT dari semasa ke semasa dan memastikan segala maklumat yang terdapat di dalamnya dikemaskini. Guru SPBT atau kerani sekolah dikehendaki mengemaskini maklumatyang terdapat di dalam buku stok SPBT.

2) Guru SPBT perlu mengadakan pemeriksaan fizikal ke atas bilik operasi SPBT dari semasa ke semasa bagi memastikan bilik tersebut berada dalam keadaan baik dan terurus. Apabila ada alatan yang tidak lengkap di dalam bilik itu hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pengetua supaya gantian alatan dapat dilakukan. Guru SPBT juga meminta bantuan pelajar bagi membersihkan dan mengemaskini bilik BOSS pada hari yang bersesuaian.


3) Guru kelas memainkan peranan penting dalam mengingatkan pelajar dalam kelas masing-masing supaya mengembalikan buku teks SPBT pada tarikh yang ditetapkan. Sekolah sebaiknya tidak mengatur hari pemulangan buku teks sehari atau dua hari sebelum cuti akhir persekolahan supaya pelajar yang terlupa buku masih sempat membawanya untuk dikembalikan pada keesokan harinya.


4) Semasa hari pemulangan buku, guru kelas perlu memeriksa dengan teliti buku-buku yang dikembalikan oleh pelajar. Sekiranya terdapat buku yang diconteng, pelajar berkenaan dikehendaki memadam dengan segera. Bagi buku yang terkoyak pula, pelajar dikehendaki membaikinya pada masa tersebut juga. Manakala bagi pelajar yang menghilangkan buku, gantian perlu dilakukan dengan kadar yang segera.


5) Guru SPBT boleh meringankan beban kerjanya dengan meminta bantuan daripada pelajar dalam pelaksanaan urusan SPBT sekolah. Contohnya, meminta bantuan pelajar untuk membilang dan mengecop.

6) Pengetua atau guru penolong kanan HEP perlu memastikan bahawa sistem fail SPBT yang teratur diwujudkan bagi memudahkan kerja rujukan.


4.0 CARTA ORGANISASI 

    Terdapat pelbagai kepentingan carta organisasi. Antaranya adalah sebagai senarai rujukan. Rujukan disini bermaksud untuk mengetahui kedudukan pangkat dan tanggungjawab yang diamanahkan di dalam organisasi. Selain itu, ia juga menggambarkan saiz dan kemampuan pengurusan operasi dalam organisasi.

Berikut merupakan contoh carta organisasi bilik BOSS di SK Pintas Puding :






5.0 INOVASI BILIK BOSS


Nama guru SPBT                                     : Puan Zuzilla binti Hj Rubani

Berumur                                                   : 46 tahun

Tahun perkhidmatan                                 : 13 tahun

Tempoh memegang jawatan guru SPBT : 6 tahun

Tempat temubual                                    : Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, 

                                                                  Parit Raja  86400 Batu Pahat, Johor.


Berikut merupakan butiran dimana kami menjalankan temubual bersama seorang guru SPBT. Temubual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan keceriaan bilik BOSS yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. Pelbagai inisiatif pihak sekolah telah dilakukan bagi menceriakan kawasan sekolah. Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilakukan adalah peranan guru SPBT membuat inovasi terhadap bilik BOSS.

3 aspek yang perlu ada dalam keceriaan bilik BOSS :

- Selesa

- Ceria (lukisan moral & kata-kata hikmah di dinding)

- Kreatif 






                
                                                   Gambaran Bilik BOSS SK Pintas Puding


Itu sahaja daripada saya. 

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA !  ❤






No comments:

Post a Comment

Elemen Keceriaan Bilik BOSS

PENGENALAN DIRI NAMA : RUSYDA ASYIQIN BINTI MOHD MASKODIN PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO MATRIK : D20192091102 KOD KURSUS : K...